Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, March 24, 2010

SEKITAR HARI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 DIUMUMKAN

Tanggal 11 mac menyaksikan seramai 16 orang pelajar MRSM Serting daripada seramai 153 orang yang menduduki Peperiksaan SPM tahun lepas telah berjaya memperolehi A dalam semua subjek.


16 orang pelajar cemerlang SPM 2009, MRSM Serting
(Berdiri dari kiri: Yee Chee San, Sathiaseelan A/l Murugam, Ilhamshah Putra bin Abu Bakar, Mohamad Azhari bin Ruslan, Muhammad Arief bin Rosli, Mohamad Farees bin Alias)
(Duduk dari kiri: Tiang Li Huey, Thasvinya A/p Nagarajan, Debashini A/P Shahdirasekha, Komala A/P Rajantra Kumar, Tan Yin Zhien, Nur sofia bt hamzah)
(Gambar dari kiri: Yong Chong Hon, Amir Izzat bin Abdul Aziz, Noor Ashikin bt Niaz Ahmad dan Nurzianah bt Razik)

Detik-detik yang sempat dirakamkan semasa hari keputusan diumumkan:
Saudara Amir Izzat selaku Presiden BKP sesi 2008/09 turut tersenarai antara 16 orang pelajar cemerlang MRSM Serting , SPM 2009
Sdr Yong Chong Hon berkongsi saat manis bersama guru-guru tercinta
Sdri Arthinee Berkongsi kegembiraan bersama bapa tercinta
"Syabas sahabat!!!"

Sdri Komala bersama ibu dan bapanya...


"...Ibu...engkaulah ratu hatiku..."Sdr farhan Yunas berpelukan dengan bonda tercinta setelah mendapat slip peperiksaan...
"Sekalung Tahniah buat para pelajar khususnya...para pendidik MRSM Serting...para ibubapa...,
Semoga kejayaan hari ini akan terus menjadi pembakar semangat buat para guru, akan terus menjadi pendorong para anak didik yang dikasihi...untuk terus-terusan mencipta warna-warna kejayaan...untuk esok, lusa dan selamanya...Insya Allah..."

Tuesday, March 23, 2010

Malam Penghargaan dari Pelajar 2007/09


Malam Penghargaan ini adalah satu majlis yang julung-julung kali diadakan di MRSM Serting yang mana para pelajar Tingkatan 3 sesi 2007/2009 yang telah mencatat kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun lepas menganjurkan satu majlis bagi meraikan dan menghargai segala jasa guru-guru dengan dana yang mereka sendiri usahakan dibantu oleh Pihak Muafakat Cawangan MRSM Serting.
Tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada YDP Muafakat , Timbalan YDP Muafakat MRSM Serting, Tuan Pengetua , Timbalan-timbalan Pengetua dan guru-guru MRSM Serting. Tidak ketinggalan juga para ibu bapa yang turut sama menjadi penyumbang dalam menjayakan majlis bermakna ini.

Antara kategori penghargaan yang diberikan adalah Subjek Terbaik di Kalangan MRSM, sumbangan wang tunai beserta cenderamata dan juga hamper kepada semua guru yang mengajar.

Antara para ibu pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis.










Ucapan Timbalan YDP Muafakat

Penyampaian cenderamata daripada YDP Muafakat kepada Tn Pengetua, Tn Haji Mohd Ghazi bin Samsudin.
Persembahan yang begitu mencuri hati para hadirin