Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, April 14, 2010

Majlis Jasamu Dikenang

          Majlis ini di tujukan khas buat para pendidik dan kakitangan MRSM Serting sebagai tanda penghargaan daripada pelajar Batch 2008/ 2009. Majlis yang diadakan jam 11.00 tengah hari Ahad (11 April 2010) ini dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh AJK yang terdiri daripada Pelajar Batch 2008/ 2009 dan Pn Radziah Abdullah bergerak selaku penasihat program tersebut. 
          Majlis ini turut dihadiri oleh para ibu bapa pelajar Batch 2008/2009 sebagai tanda sokongan dan terima kasih mereka, guru-guru, kakitangan dan selaku VIP,  kehadiran YDP Muafakat, Tn Pengetua dan Timbala-timbalan pengetua turut menyerikan lagi majlis.
          Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih buat para pelajar kerana berjaya menganjurkan majlis penghargaan sebegini. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna buat para guru selain melihat anak-anak didiknya berjaya....

Rakaman gambar kenang-kenangan semasa majlis tersebut:

ANtara AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Ucapan Presiden BKP 2008/2009 yang juga salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang 2009.

Ucapan Pengetua MRSM Serting, Tn Haji Mohd Ghazi bin Samsudin

Ucapan YDP Muafakat Cawangan MRSM Serting, En Mohamad bin Musa

Guru-guru dan staf



Para guru yang diraikan

Antara keluarga pelajar yang turut memeriahkan lagi majlis.


Pengerusi Majlis pada hari tersebut,, Sdr Farhan Yunas dan Sdr Zulfakhar

Pelajar Batch 2008/09 yang turut hadir




 
Gambar penerima anugerah (8A dan ke atas)




Gambar para guru menerima saguhati sebagai menghargai jasa yang telah dicurahkan.