Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, April 14, 2010

Majlis Jasamu Dikenang

          Majlis ini di tujukan khas buat para pendidik dan kakitangan MRSM Serting sebagai tanda penghargaan daripada pelajar Batch 2008/ 2009. Majlis yang diadakan jam 11.00 tengah hari Ahad (11 April 2010) ini dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh AJK yang terdiri daripada Pelajar Batch 2008/ 2009 dan Pn Radziah Abdullah bergerak selaku penasihat program tersebut. 
          Majlis ini turut dihadiri oleh para ibu bapa pelajar Batch 2008/2009 sebagai tanda sokongan dan terima kasih mereka, guru-guru, kakitangan dan selaku VIP,  kehadiran YDP Muafakat, Tn Pengetua dan Timbala-timbalan pengetua turut menyerikan lagi majlis.
          Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih buat para pelajar kerana berjaya menganjurkan majlis penghargaan sebegini. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna buat para guru selain melihat anak-anak didiknya berjaya....

Rakaman gambar kenang-kenangan semasa majlis tersebut:

ANtara AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Ucapan Presiden BKP 2008/2009 yang juga salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang 2009.

Ucapan Pengetua MRSM Serting, Tn Haji Mohd Ghazi bin Samsudin

Ucapan YDP Muafakat Cawangan MRSM Serting, En Mohamad bin Musa

Guru-guru dan staf



Para guru yang diraikan

Antara keluarga pelajar yang turut memeriahkan lagi majlis.


Pengerusi Majlis pada hari tersebut,, Sdr Farhan Yunas dan Sdr Zulfakhar

Pelajar Batch 2008/09 yang turut hadir




 
Gambar penerima anugerah (8A dan ke atas)




Gambar para guru menerima saguhati sebagai menghargai jasa yang telah dicurahkan.








             

Monday, April 5, 2010

Salam perpisahan Cik Amalina

Cik Amalina, kaunselor MRSM Serting telah menamatkan kerjaya beliau sebagai guru pada 27 Mac 2010 di MRSM serting. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan.

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT, CAWANGAN MRSM SERTING KALI KEENAM

Mesyuarat Agung Muafakat, Cawangan MRSM Serting kali keenam telah diadakan pada 21 Mac 2010 jam 10.00 pagi di dewan Gemilang, MRSM Serting.

Wednesday, March 24, 2010

SEKITAR HARI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 DIUMUMKAN

Tanggal 11 mac menyaksikan seramai 16 orang pelajar MRSM Serting daripada seramai 153 orang yang menduduki Peperiksaan SPM tahun lepas telah berjaya memperolehi A dalam semua subjek.


16 orang pelajar cemerlang SPM 2009, MRSM Serting
(Berdiri dari kiri: Yee Chee San, Sathiaseelan A/l Murugam, Ilhamshah Putra bin Abu Bakar, Mohamad Azhari bin Ruslan, Muhammad Arief bin Rosli, Mohamad Farees bin Alias)
(Duduk dari kiri: Tiang Li Huey, Thasvinya A/p Nagarajan, Debashini A/P Shahdirasekha, Komala A/P Rajantra Kumar, Tan Yin Zhien, Nur sofia bt hamzah)
(Gambar dari kiri: Yong Chong Hon, Amir Izzat bin Abdul Aziz, Noor Ashikin bt Niaz Ahmad dan Nurzianah bt Razik)

Detik-detik yang sempat dirakamkan semasa hari keputusan diumumkan:
Saudara Amir Izzat selaku Presiden BKP sesi 2008/09 turut tersenarai antara 16 orang pelajar cemerlang MRSM Serting , SPM 2009
Sdr Yong Chong Hon berkongsi saat manis bersama guru-guru tercinta
Sdri Arthinee Berkongsi kegembiraan bersama bapa tercinta
"Syabas sahabat!!!"

Sdri Komala bersama ibu dan bapanya...


"...Ibu...engkaulah ratu hatiku..."Sdr farhan Yunas berpelukan dengan bonda tercinta setelah mendapat slip peperiksaan...
"Sekalung Tahniah buat para pelajar khususnya...para pendidik MRSM Serting...para ibubapa...,
Semoga kejayaan hari ini akan terus menjadi pembakar semangat buat para guru, akan terus menjadi pendorong para anak didik yang dikasihi...untuk terus-terusan mencipta warna-warna kejayaan...untuk esok, lusa dan selamanya...Insya Allah..."

Tuesday, March 23, 2010

Malam Penghargaan dari Pelajar 2007/09


Malam Penghargaan ini adalah satu majlis yang julung-julung kali diadakan di MRSM Serting yang mana para pelajar Tingkatan 3 sesi 2007/2009 yang telah mencatat kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun lepas menganjurkan satu majlis bagi meraikan dan menghargai segala jasa guru-guru dengan dana yang mereka sendiri usahakan dibantu oleh Pihak Muafakat Cawangan MRSM Serting.
Tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada YDP Muafakat , Timbalan YDP Muafakat MRSM Serting, Tuan Pengetua , Timbalan-timbalan Pengetua dan guru-guru MRSM Serting. Tidak ketinggalan juga para ibu bapa yang turut sama menjadi penyumbang dalam menjayakan majlis bermakna ini.

Antara kategori penghargaan yang diberikan adalah Subjek Terbaik di Kalangan MRSM, sumbangan wang tunai beserta cenderamata dan juga hamper kepada semua guru yang mengajar.

Antara para ibu pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis.










Ucapan Timbalan YDP Muafakat

Penyampaian cenderamata daripada YDP Muafakat kepada Tn Pengetua, Tn Haji Mohd Ghazi bin Samsudin.
Persembahan yang begitu mencuri hati para hadirin

































Monday, March 15, 2010

KEJOHANAN TAEKWONDO MRSM SE MALAYSIA

KEJOHANAN TAEKWONDO MRSM SE MALAYSIA
Tarikh: 28 Februari hingga 3 Mac 2010 Tempat : Dewan Gemilang, MRSM Serting






Tahun 2010 menyaksikan MRSM Serting menjadi tuan rumah Kejohanan Taekwondo pada kali ini dan sebanyak 40 buah maktab telah menyertainya. Selaku tuan rumah, MRSM Serting telah merangkul 1 emas dan 4 perak dalam beberapa kategori.
Perasmian Penutup Majlis ini telah dijayakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan(menengah) iaitu En. Shaari Hussein. Majlis penutup juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kokurikulum BPLM, Tn Haji Nazri bin Salleh, Pegawai Daerah Jempol iaitu Yang Berbahagia Dato’ Yusuf Yunus serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Jempol.
























































































BERSAMA ANSARA SERTING

Tanggal 20 dan 21 februari lalu, kekanda-kekanda First batch dan kekanda-kekanda yang lain telah tiba untuk meluangkan masa bersama adinda-adinda di MRSM serting.