Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, June 30, 2010

Pelancaran Gemilang Sahsiah 2010 MRSM Serting

Majlis Pelancaran telah diadakan pada 19 April 2010 dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua MRSM Serting, Tn Hj Mohd Ghazi bin Samsudin.












SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA 2010

         Sambutan Hari Guru dan Pekerja pada tahun ini disambut meriah bermula seawal 7.30 pagi dengan acara senamrobik dan tarik tali.

        Acara kemuncaknya bersambung pada jam 10.00 pagi di Dewan Gemilang


Gambar sekitar acara senamrobik dan tarik tali....








         




Wednesday, April 14, 2010

Majlis Jasamu Dikenang

          Majlis ini di tujukan khas buat para pendidik dan kakitangan MRSM Serting sebagai tanda penghargaan daripada pelajar Batch 2008/ 2009. Majlis yang diadakan jam 11.00 tengah hari Ahad (11 April 2010) ini dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh AJK yang terdiri daripada Pelajar Batch 2008/ 2009 dan Pn Radziah Abdullah bergerak selaku penasihat program tersebut. 
          Majlis ini turut dihadiri oleh para ibu bapa pelajar Batch 2008/2009 sebagai tanda sokongan dan terima kasih mereka, guru-guru, kakitangan dan selaku VIP,  kehadiran YDP Muafakat, Tn Pengetua dan Timbala-timbalan pengetua turut menyerikan lagi majlis.
          Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih buat para pelajar kerana berjaya menganjurkan majlis penghargaan sebegini. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna buat para guru selain melihat anak-anak didiknya berjaya....

Rakaman gambar kenang-kenangan semasa majlis tersebut:

ANtara AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Ucapan Presiden BKP 2008/2009 yang juga salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang 2009.

Ucapan Pengetua MRSM Serting, Tn Haji Mohd Ghazi bin Samsudin

Ucapan YDP Muafakat Cawangan MRSM Serting, En Mohamad bin Musa

Guru-guru dan staf



Para guru yang diraikan

Antara keluarga pelajar yang turut memeriahkan lagi majlis.


Pengerusi Majlis pada hari tersebut,, Sdr Farhan Yunas dan Sdr Zulfakhar

Pelajar Batch 2008/09 yang turut hadir




 
Gambar penerima anugerah (8A dan ke atas)




Gambar para guru menerima saguhati sebagai menghargai jasa yang telah dicurahkan.








             

Monday, April 5, 2010

Salam perpisahan Cik Amalina

Cik Amalina, kaunselor MRSM Serting telah menamatkan kerjaya beliau sebagai guru pada 27 Mac 2010 di MRSM serting. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan.

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT, CAWANGAN MRSM SERTING KALI KEENAM

Mesyuarat Agung Muafakat, Cawangan MRSM Serting kali keenam telah diadakan pada 21 Mac 2010 jam 10.00 pagi di dewan Gemilang, MRSM Serting.

Wednesday, March 24, 2010

SEKITAR HARI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 DIUMUMKAN

Tanggal 11 mac menyaksikan seramai 16 orang pelajar MRSM Serting daripada seramai 153 orang yang menduduki Peperiksaan SPM tahun lepas telah berjaya memperolehi A dalam semua subjek.


16 orang pelajar cemerlang SPM 2009, MRSM Serting
(Berdiri dari kiri: Yee Chee San, Sathiaseelan A/l Murugam, Ilhamshah Putra bin Abu Bakar, Mohamad Azhari bin Ruslan, Muhammad Arief bin Rosli, Mohamad Farees bin Alias)
(Duduk dari kiri: Tiang Li Huey, Thasvinya A/p Nagarajan, Debashini A/P Shahdirasekha, Komala A/P Rajantra Kumar, Tan Yin Zhien, Nur sofia bt hamzah)
(Gambar dari kiri: Yong Chong Hon, Amir Izzat bin Abdul Aziz, Noor Ashikin bt Niaz Ahmad dan Nurzianah bt Razik)

Detik-detik yang sempat dirakamkan semasa hari keputusan diumumkan:
Saudara Amir Izzat selaku Presiden BKP sesi 2008/09 turut tersenarai antara 16 orang pelajar cemerlang MRSM Serting , SPM 2009
Sdr Yong Chong Hon berkongsi saat manis bersama guru-guru tercinta
Sdri Arthinee Berkongsi kegembiraan bersama bapa tercinta
"Syabas sahabat!!!"

Sdri Komala bersama ibu dan bapanya...


"...Ibu...engkaulah ratu hatiku..."Sdr farhan Yunas berpelukan dengan bonda tercinta setelah mendapat slip peperiksaan...
"Sekalung Tahniah buat para pelajar khususnya...para pendidik MRSM Serting...para ibubapa...,
Semoga kejayaan hari ini akan terus menjadi pembakar semangat buat para guru, akan terus menjadi pendorong para anak didik yang dikasihi...untuk terus-terusan mencipta warna-warna kejayaan...untuk esok, lusa dan selamanya...Insya Allah..."