Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Bertarikh 4 Jun 2010 telah diadakan lagi satu Majlis Perpisahan bagi meraikan perpisahan dan perpindahan 4 orang guru MRSM Serting iaitu En Khalid Mat Pardi, Cik Shakirah Mat Lazim, Pn Rahimah Razab dan Pn Alitee Sibabak.





En Khalid telah menamatkan khidmat beliau dengan MARA umumnya dan MRSM Serting khususnya pada 25 Jun 2010 dan beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di UKM. Semoga kenangan pahit manis, jasa dan budi yang telah ditaburkan untuk anak-anak di bumi Serting terbalas. Terima kasih tak terbalas buat En Khalid.


Kenangan bersama Cik Shakirah anak kelahiran Pulau Mutiara ini tentu sukar dilupakan semua. Semoga Cik Shakirah berbahagia sentiasa di MRSM Baling. Semoga segala harapan dan hajat antara cinta dan cita-cita termakbul dan menjadi kenyataan suatu hari nanti...


Salam perpisahan buat Pn Rahimah yang sudah pastinya tambah bahagia di samping keluarga dan suami tercinta. Selamat bertugas di MRSM Baling.


Salam perpisahan jua buat Pn Alitee yang bakal bergelar ibu Ogos nanti. Semoga berbahagia di MRSM Kuching.



No comments:

Post a Comment