Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 dan Sambutan Hari Guru dan Pekerja MRSM Serting 2010

Satu Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Muafakat Cawangan Serting, telah diadakan pada 2 Jun 2010 bertempat di Dewan Kompleks Kerajaan Jempol bagi meraikan para guru dan pekerja sempena Sambutan Hari Guru Dan Pekerja serta meraikan peningkatan Keputusan SPM 2009 yang lalu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Shamsul Kahar iaitu Exco Pendidikan ADUN Serting.



Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan dari Kumpulan
Pelajar Kelab Caklempong MRSM Serting.



































Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Bertarikh 4 Jun 2010 telah diadakan lagi satu Majlis Perpisahan bagi meraikan perpisahan dan perpindahan 4 orang guru MRSM Serting iaitu En Khalid Mat Pardi, Cik Shakirah Mat Lazim, Pn Rahimah Razab dan Pn Alitee Sibabak.





En Khalid telah menamatkan khidmat beliau dengan MARA umumnya dan MRSM Serting khususnya pada 25 Jun 2010 dan beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di UKM. Semoga kenangan pahit manis, jasa dan budi yang telah ditaburkan untuk anak-anak di bumi Serting terbalas. Terima kasih tak terbalas buat En Khalid.


Kenangan bersama Cik Shakirah anak kelahiran Pulau Mutiara ini tentu sukar dilupakan semua. Semoga Cik Shakirah berbahagia sentiasa di MRSM Baling. Semoga segala harapan dan hajat antara cinta dan cita-cita termakbul dan menjadi kenyataan suatu hari nanti...


Salam perpisahan buat Pn Rahimah yang sudah pastinya tambah bahagia di samping keluarga dan suami tercinta. Selamat bertugas di MRSM Baling.


Salam perpisahan jua buat Pn Alitee yang bakal bergelar ibu Ogos nanti. Semoga berbahagia di MRSM Kuching.



Wednesday, July 21, 2010

Majlis Penutup Program Kursus Asas Tingkatan 1(KAT 1)

Sekitar Majlis Penutup Program KAT 1


Ketibaan Tn Pengetua diiringi oleh anak-anak Tingkatan 1



Persembahan berbakat dari para pelajar tingkatan 1





















Thursday, July 15, 2010

SAMBUTAN HARI BUMI 2010 PERINGKAT MRSM SERTING


Aktiviti rekacipta barangan daripada barangan terbuang dan Treasure Hunt