Selamat Datang Ke Galeri Aktiviti MRSM Serting

"Tapping potentials, nurturing excellence"



Blog Stats

Wednesday, October 13, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting Kali ke-16

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting Kali ke-16 pada kali ini telah disempurnakan oleh Y.B Norol Azali Sulaiman iaitu Ahli Majlis MARA.

Majlis ini telah diadakan tanggal 30 Julai 2010 dengan mottonya" Ke arah Melahirkan Generasi Al-MARAri" adalah bagi mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan warga pendidik MRSM Serting sepanjang tahun 2010.








 






Friday, August 13, 2010

Program Minggu Koperasi MRSM Serting 2010

Rakaman kenangan sekitar Majlis Penutup Minggu Koperasi
















Antara aktivi yang dianjurkan ialah Jualan Pasar Malam oleh Homeroom dan Kelab tertentu.



























Wednesday, August 4, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 dan Sambutan Hari Guru dan Pekerja MRSM Serting 2010

Satu Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Muafakat Cawangan Serting, telah diadakan pada 2 Jun 2010 bertempat di Dewan Kompleks Kerajaan Jempol bagi meraikan para guru dan pekerja sempena Sambutan Hari Guru Dan Pekerja serta meraikan peningkatan Keputusan SPM 2009 yang lalu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Shamsul Kahar iaitu Exco Pendidikan ADUN Serting.



Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan dari Kumpulan
Pelajar Kelab Caklempong MRSM Serting.



































Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Bertarikh 4 Jun 2010 telah diadakan lagi satu Majlis Perpisahan bagi meraikan perpisahan dan perpindahan 4 orang guru MRSM Serting iaitu En Khalid Mat Pardi, Cik Shakirah Mat Lazim, Pn Rahimah Razab dan Pn Alitee Sibabak.





En Khalid telah menamatkan khidmat beliau dengan MARA umumnya dan MRSM Serting khususnya pada 25 Jun 2010 dan beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di UKM. Semoga kenangan pahit manis, jasa dan budi yang telah ditaburkan untuk anak-anak di bumi Serting terbalas. Terima kasih tak terbalas buat En Khalid.


Kenangan bersama Cik Shakirah anak kelahiran Pulau Mutiara ini tentu sukar dilupakan semua. Semoga Cik Shakirah berbahagia sentiasa di MRSM Baling. Semoga segala harapan dan hajat antara cinta dan cita-cita termakbul dan menjadi kenyataan suatu hari nanti...


Salam perpisahan buat Pn Rahimah yang sudah pastinya tambah bahagia di samping keluarga dan suami tercinta. Selamat bertugas di MRSM Baling.


Salam perpisahan jua buat Pn Alitee yang bakal bergelar ibu Ogos nanti. Semoga berbahagia di MRSM Kuching.



Wednesday, July 21, 2010

Majlis Penutup Program Kursus Asas Tingkatan 1(KAT 1)

Sekitar Majlis Penutup Program KAT 1


Ketibaan Tn Pengetua diiringi oleh anak-anak Tingkatan 1



Persembahan berbakat dari para pelajar tingkatan 1